Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Pihak Maahad AlAnsar membuka peluang sumbangan dana Waqaf Pembelian Komputer bagi meningkatkan kemudahan pembelajaran pelajar. 💻

Sumbangan ini dibuka sepanjang tahun 2026 dan mensasarkan penyertaan daripada syarikat serta individu yang berhasrat membantu pendidikan anak-anak kita di Maahad Al-Ansar.
Pihak sekolah memerlukan 20 unit komputer desktop bagi melengkapi kemudahan di Makmal Komputer Pelajar.

Setiap sumbangan amat bermakna dan akan memberi impak besar kepada proses pembelajaran murid-murid kita. 🤝✨ Semoga usaha murni ini menjadi saham jariah berpanjangan untuk semua penyumbang. 💛

PORTAL RASMI | Maahad Tarbiah Islamiah AlAnsar | Thaqafah-Tarbiah-Dakwah