Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Pihak Maahad Al-Ansar ingin memaklumkan mengenai kutipan sumbangan bagi tujuan baik pulih fasiliti sekolah yang semakin uzur. 🏫💛

Sumbangan ini dibuka sepanjang tahun dan dialu-alukan daripada syarikat mahupun individu yang ingin bersama membantu meningkatkan keselesaan pembelajaran para pelajar.

Fasiliti bangunan yang telah lama digunakan memerlukan proses penyelenggaraan dan baik pulih agar suasana pembelajaran terus kondusif serta selamat untuk semua. 🙏

Semoga setiap sumbangan menjadi amal jariah yang berpanjangan dan memberi manfaat besar kepada generasi akan datang. 🌟

PORTAL RASMI | Maahad Tarbiah Islamiah AlAnsar | Thaqafah-Tarbiah-Dakwah